Info Terkini

Tuesday, 9 July 2013

Nota Taju'l Muluk


SINOPSIS


Taju’l Muluk meminta kebenaran daripada ayahandanya untuk mencari bunga bakawali bagi mengubati mata

ayahandanya yang buta. Namun, Taju’l Muluk perlu menyelamatkan abang-abangnya terlebih dahulu yang telah terperangkap akibat kalah bermain catur dengan Puteri Jenuh Hati. Taju’l Muluk telah berjaya memperdayakan
seorang perempuan tua yang tinggal di mahligai Puteri Jenuh Hati dengan mendapatkan rahsia kehebatan Puteri Jenuh Hati dalam bermain catur. Lalu, Taju’l Muluk pergi mencabar Puteri Jenuh Hati untuk bermain catur dan Taju’l Muluk telah memenangi permainan catur tersebut.Taju’l Muluk telah berjaya menyelamatkan
keempat-empat orang abangnya. Kemudian, Taju’l Muluk meneruskan pengembaraan untuk mencari bunga bakawali dan telah mengalami pelbagai rintangan dan penderitaan semasa menuju ke sempadan negeri Bakawali.Di dalam hutan, Taju’l Muluk telah berjumpa dengan raksasa yang simpati dengannya dan
dia diambil sebagai anaknya.Taju’l Muluk berusaha untuk mengambil hati raksasa tersebut dengan memasak makanan yang sedap dan meminta raksasa menolongnya melihat Taman Bakawali.Raksasa membantu Taju’l Muluk dengan menyuruh jin utusannya menghantar Taju’l Muluk untuk berjumpa dengan Dewi Hamalah.Dewi Hamalah telah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah.

TEMA


*Pengembaraan seorang putera raja untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya

PERSOALAN


*Kebijaksanaan seorang putera raja
*Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarganya
*Keberanian dalam menghadapi segala cabaran
*Sanggup berkorban untuk menyelamatkan saudaranya
*Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan

WATAK & PERWATAKAN


*Taju’l Muluk
• Anak raja negeri Syarqastan
• Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik
• Seorang putera raja yang bijaksana
• Seorang putera raja yang berani

*Puteri Jenuh Hati• Seorang puteri yang bijak dengan tipu muslihatnya dalam bermain catur• Akhirnya berjaya ditewaskan oleh Taju’l Muluk dalam permainan catur dan terpaksa berkhidmat kepada Taju’l Muluk

*Perempuan Tua• Bersimpati kepada Taju’l Muluk
• Seorang yang amat kaya
• Sangat sayangkan Taju’l Muluk
• Membuka rahsia Puteri Jenuh Hati kepada Taju’l Muluk

*Raksasa 1• Mempunyai tubuh badan yang besar
• Jadikan Taju’l Muluk sebagai anak angkat• Sangat sayangkan Taju’l Muluk
• Suka makan makanan yang dimasak oleh Taju’l Muluk

*Dewi Hamalah• Saudara Raksasa 1 dan Raksasa 2
• Raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa penjaga Taman Bakawali• Menculik Puteri Mahmudah
• Mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah


NILAI


*Berani - Taju’l Muluk berani menempuh hutan untuk mendapatkan bunga bakawali

*Kasih sayang - Taju’l Muluk berusaha mencari bunga bakawali untuk mengubati mata ayahandanya
*Baik hati - Taju’l Muluk memaafkan Puteri Jenuh Hati yang telah insaf
*Ketabahan - Taju’l Muluk tabah menghadapi semua cabaran semasa mengembara untuk mencari bunga Bakawali

PENGAJARAN


*Kita perlu menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu kerja

*Janganlah kita suka memperdayakan orang
*Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga yang dalam kesusahan
*Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada setiap insan

No comments:

Post a Comment