Info Terkini

Tuesday 31 March 2015

Nota Geografi-Salin nota dan tampal gambar2 dalam buku nota

GAS ASLI

1. Dilombong di luar pantai Terengganu, Sabah  dan Sarawak.

2. Gas Asli merupakan hasil sampingan perlombongan petroleum. Digunakan sebagai gas untuk memasak dan bahan bakar lain NGV.

3. Kawasan perlombongan utama ialah:
a) Terengganu - Duyung, Sotong, Pilong
b) Sabah - St Joseph, Kinarut
c) Sarawak - Beryl, Laila

4. Pusat pencairan gas asli
a) Bintulu, Sarawak ( yang terbesar di dunia )
b) Kerteh, Terengganu



             

Nota Geografi-Salin nota dan tampal gambar2 dalam buku nota

PETROLEUM 

1. Terdapat 2 kaedah mencari gali petroleum iaitu
a) Daratan
b) Lautan

2. Petroleum di Malaysia di perolehi di dasar lautan.
3. Syarikat yang bertanggungjawab ialah PETRONAS ( PETROLEUM NASIONAL ).
4. Terdapat juga syarikat asing yang menjalankan usaha sama dengan syarikat Malaysia iaitu Shell, Caltex, Petron.

5. Kawasan perlombongan utama ialah
a) Di luar perairan Terengganu - Sotong, Bekok, Dulang
b) Di luar perairan Sabah - St Joseph, Erb West, Semarang
c) Di luar perairan Sarawak - Betty, Salbiah, Bakau

6. Petroleum Malaysia bermutu tinggi kerana kandungan sulfurnya rendah. 
 Harganya di pasaran dunia sangat tinggi berbanding negara lain kerana di perolehi di lautan.
7. Pusat penapis petroleum di Malaysia ialah:
a) Kerteh, Terengganu
b) Port Dickson, Negeri Sembilan
c) Tangga Batu, Melaka
d) Lutong, Sarawak

8. Antara kegunaan petroleum ialah
a) Bahan bakar kenderaan
b) Minyak tar, bitumen
c) Plastik dan tekstil



Taburan petroleum di Malaysia
                                
            




          PROSES PENYULINGAN PETROLEUM

          

                                                     
                 
Pemandangan loji petroleum
                                                            

Thursday 5 March 2015

Nota geo bab 6

Salin nota dalam powetpoint di bawah. Nota boleh diringkaskan dalam bentuk peta iThink. ARAHAN CIKGU SRI